Monday, August 3, 2009

Islam

Sebagai seorang muslim dan juga Islam, kita seharusnya mengamalkan cara hidup Islam dengan betul berdasarkan dua panduan yang telah disediakan iaitu, Al-Quran dan Al-Sunnah. Nabi S.A.W. telah bersabda, jika kamu berpegang teguh pada al-quran dan al-sunnah maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Oleh yang demikian, kita harus memperatikkan apa yang terkandung di dalam al-quran dan al-sunnah itu. Di dalam agama Islam, terdapat larangan dan suruhan Allah yang wajib kita patuhi. Islam adalah agama yang lengkap dari segenap aspek. Peraturan dan larangan dalam Islam tidak membebankan kita bahkan menyelamatkan kita dari terjerumus atau sesat.

Thursday, July 30, 2009

Agama Islam

Agama Islam telah diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan nabi yang terakhir dan kita adalah umat yang bernasib baik. Ini kerana, banyak syafaat yang kita peroleh daripada menjadi umat Nabi Muhammad sehinggakan ada nadi lain yang ingin menjadi umat beliau. Agama Islam menjadi anutan bagi setiap mukmin yang beriman. Agama Islam sangat lengkap dari segenap aspek iatu dari segi cara hidup Islam, amalan dalam Islam, larangan-larangan dalam Islam dan semuanya dalam kehidupan seharian kita, Islam yang menjadi penyuluhnya. Agama Islam sangat kuat ketika Nabi Muhammad S.A.W. memerintah. Pada masa itu dua per tiga dunia berada di bawah kekuasaan Islam. Tetapi lihatlah senarionya sekarang. Banyak negara-negara Islam jatuh ke tangan orang barat. Ini mungkin disebabkan masyarakat Islam tidak bersatu padu dan memperaktikkan apa yang telah di ajar oleh Rasulullah. Masyarakat Islam sekarang telah menjadi mundur dan selalu di tindas dan di bunuh oleh orang barat. Apakah perasaan kita ketika mendengar saudara kita terbunuh. Semangat perpaduan masyarakat Islam sekarang sudah tiada. Perumpamaan “cubit paha kanan dan paha kiri terasa sakit” tidak lagi ada dalam diri orang-orang Islam pada masa sekarang. Jika kita mendalami apa itu Islam, nescaya perpaduan kita akan teguh dan tidak mustahil kita akan bangkit sekali lagi.

Tuesday, July 28, 2009

Musafir

Kita ibarat musafir yang sedang mencari-cari arah dan tujuan kita yang sebenar. Apakah yang sedang kita buat di dunia ini? Dimanakah arah tujuan kita yang sebenar? Bilakah kita akan sampai ke tempat yang kita tujui? Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya tentang persoalan tersebut. Seharusnya kita tahu sebagai seorang Islam yang mengamalkan cara hidup Islam sejati. Tujuan kita dilahirkan adalah sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah S.W.T. telah menciptakan kita yakni manusia dengan sebaik-baik kejadian. Kita harus bersyukur di atas rahmat dan nikmat yang Allah berikan kepada kita.